26 January 2013

Doa si Anak...


Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, 

tuhanku,selamat kanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk". 

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si 

datuk ditemui mati kerana sakit jantung. 

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, 

tuhanku,selamat kanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga 

kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. 

"Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi 

lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang 

pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi 

tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati 

sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

Kwang Kwang Kwang ...

p/s: anak siapa sebenarnya budak nih? 
Post a Comment