Sha ada join satu contest yang melibatkan gambar diatas untuk 
THE BEST BABIES/KIDS SMILING CONTEST 2012-END DATE DEC

kalau nak join klik SINI 


1st Step : Like Page diatas ni
2nd Step : Like Picture

kalau nak share..amatlah dihargai :)




Dalam Belanjawan 2013 ada di nyatakan tentang rebate RM 200 untuk para remaja yang membuat pembelian smartphone..sedangkan pada sha ianya bukanlah suatu keperluan..mungkin korang juga berfikiran sebegitu..jika korang tidak mementingkan gadget seperti sha..tapi kenapa tidak rebate untuk gadget itu digunakan untuk cover kenaikan harga gula atau barang runcit yang lain..

Apa pandangan anda?

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September nanti. Tema Bajet 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”. Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia


Sumber Sini


Nota Pink : ingin mencari yang soleh..solehah-solehahkan lah dirimu :)



keyword last month


errgg..dah tukar title ka? apasal google jadi Kangkang style haha..lucu deh..tapi memang popular gila ni lagu..siapa buat entry pasal ni comfirm dapat banyak pengunjung..apalah yang bestnya dengan lagu ni..ish..kangkang macam naik kuda..tak sopan..

Nota Pink : mungkin ini strategik untuk dapat pengunjung lebih kan? heheh

Hye korang..dah makan ka belum? lamanya lah sha tak update kan? ada tak yang rindu sha? lupakan :P 2hari yang lalu,(22 hb) sha pergi labuan..sha memang tak pernah pergi..orang bawa siapa tak nak ikut kan..hehe..labuan memang best, tak kurang minyak sebab kecik ja labuan tu..jadi sha puaslah berjalan-jalan..hehe..yang paling penting..coklat dia murah..

Maka bermulalah perjalanan kami (sha,adik fatni dan MR. A) dengan menaiki kereta ke menumbok seawal jam 7 dan tiba di terminal feri jam 9 lebih lah..minum air panas sebelum naik feri sebab sha dah loya makan coco crunch dan susu semasa perjalanan ke menumbok..

bahagian belakang feri yang memuatkan lebih dari 10 motorcar 

bahagian dalam feri..ada aircond dan boleh tengok wayang

Bahagian atas feri..panas dan best :) *Mr A curik2 amik..;o


Destinasi pertama sebelum memulakan perjalanan..cari restoran..lapar gila

Ingatkan Restoran ni sunyi ja.,rupanya ada 2 tempat makan..


Lepas habis makan kami singgah solat di masjid


Semua perjalanan kami  di guide oleh pakcik GPS


jom lepak kat taman botani..


amboi ayu nya..haha..rumah diatas pokok..dah tak gayat..hehe

macam kecil ja sha kan?



dari kiri : adik fatni, Mr.A(kura-kura), sha hahaha~



dah habis posing kat taman..
Now kita nak pergi pantai..jumpa blogger cute dengan anak dia..dia dah siap buat entry..sha baru ja mula..so next entry will be at beach with her :)

Nota Pink : sha suka pakai tudung ni..selesa dan nampak comey hahah..*perasan ok !!


Line tengah ok..sebab sha ada di library..memang best ja on9..lancar ja..haha..then sha ambil peluang edit blog weena..jom FOLLOW dia :)

Alhamdulilah akhirnya sha dah hantar hadiah buat pemenang Awesome GA by Najwa dan Kiera..so kamu tunggu ja kedatangan keychain tu..lupa nak ambil gambar..

Besok sha ada test Finance..wish me good luck ya..

Nak tengok picture yang diamik oleh Mr. A..tajuk dia..coklatmu ditangan ku..haha


Nota Pink : Malam ni sha publish entry pasal labuan yang berkurun lama diperap..haha










Tag : Fieda | Syiela | Intan 


Hye semua..penat..kemarin baru pulang dari labuan..sha ada jumpa seorang blogger yang cute..cuba teka siapa?? hehe..ni hanya entry yang ringkas..sebab nak rest jap baru nak cerita tentang sha dan labuan..

Malu sebab anda GEMUK ??


Jika anda bimbang masalah berat badan yang kian bertambah, tidak yakin dengan produk yang lain..jom kita berkenal-kenalan dengan produk yang sangat popular sekarang iaitu Alpha Lipid. Ianya adalah minuman diet yang berasaskan protein dan bagus untuk mengeluarkan lemak-lemak dalam badan. Protein adalah zat yang boleh membantu menurunkan kadar lemak dalam badan.


tips kurus alpha lipid sd 2

Berat badan boleh turun sehingga 2-5 kg seminggu *jika mengikut aturan permakanan yang telah disediakan.



Harga Berpatutan..

Info Lanjut sila PM me HERE

Pagi tadi ada test mengejut..punyalah susah..sebab tiada belajar hehe..padan muka..last-last ada soalan yang main hantam ja..haha..macam time sekolah menengah dulu..part objektif tu yang senang sangat mau hantam..a? b? c? or d? emmmm...hehe

Lepas ja habis class..pergi mengundi untuk calon MPP di Uitm..sha pun main hantam ja pilih orang..tapi nda bolehlah bah bagitau siapa kan..undi adalah rahsia hehe..

Class jam 2..test lagi..kali ini memang kasih pecah kepala..subjek Finance..ingat senang..haha..susah lah..sebab baru belajar semalam..nak ingat formula..alhamdulilah dapat juga jawab, tapi sha tak tahulah jawapan betul ka nda heheh..

hari ni makan ayam pakcik..selalu pun makan ayam dia bah..sedap~~ hehe..rasanya lain dari yang lain..sedap cikit kfc la :P

Tadi ada balas kunjungan mama-mama tersayang..sekejap ja..tak apa nanti sha sambung balik ya..tu ja setakat ni..haha..tak tahu mau taip apa lagi..

Nota Pink : Sha nak pergi jalan-jalan di labuan sabtu ni insyallah
 :) ada yang nak join ??



Nota Pink : hahaha...no komen :P

Blur sebentar...(5min kemudian) .. macam mana nak guna new interface ni..huhu..aiyo..old interface dah ok bah..kenapa nak tukar lagi..susah lah kena cari button kalau nak edit blog..=.=!

haha..nanti nak send comment kat blogspot..hehe..tak ada lah..sha ni..seharusnya bersyukur dapat guna blog free..haha..takda pun nak bayar sewa tapak..

entry ni sha buat pendek ja..belum datang mood yang sebenar..sha busy lah..ni saja lepaskan rindu kat mama-mama tersayang :D sorry ya sha belum dapat BW lagi..nanti tau..ok take care of yourself :)







Hye korang semua..lamanya sha tak BW blog korang kan? erggrr..sorry..sorry..sorry..janganlah korang merajuk ya..sha baru pulang dari sandakan semalam..line internet tak ada..lagipun busy pergi kenduri kahwin dan jenguk bapa sha di hospital..insyallah nanti sha akan BW habis-habisan..hehe..

Selamat Hari Malaysia :)

Nota pink : sangat busy buat kerja last minit..haha..

CLOSED !!

Sorry guys yang nak nikmati services edit blog dari sha..for this time, sha nak close sebentar, sebab nak layan jiwa jap..dah nak masuk berperang otak kena lah bersedia kan?? wish me good luck ya...terutamanya..mama-mama yang sha sayang..doa korang mujarab tau !! hehe..

Ada lagi satu blog yang tengah buat..terpaksa dipendingkan..hope weena sabar tau :) insyallah minggu depan siap..nanti sha buat entry promote blog kamu..


Ok tutorial ni khas untuk sweet couple or suami isteri yang gemar berkongsi or pengedit blog macam sha..eh..apa kena mengena pula kan? ah..korang mesti tak tahu ni kan?? so tanpa melenggahkan masa..siapa-siapa yang nakkan service edit blog sha kenalah follow benda ni..sebab sha tak perlu lah nak minta passwod korang kan..sha tak perlulah nak sign in sign out blog sha kan..hehe..ikut gambar ja ok??

Step 1 : Pergi Dashboard > Setting > Permission > Add Author

Step 2 : Taip email blogger yang korang nak invite tu..contoh dalam picture atas ni..tu email sha tau :)

Step 3 : ini untuk blogger yang korang invite tu..sila check email dan klik link sebijik macam atas ni

 
     

Step 4 : ok kembali pada step 1-2, so korang kena klik lagi satu link yang bertaip Grand Admin Privileges itu untuk bertujuan button yang tidak lengkap seperti gambar dibawah ini muncul.



So dah nampak kan perbezaan di atas tu..alhamdulilah setelah kian lama mengedit blog baru pula terfikir benda ni..haha..hope korang faham..mana-mana yang tak faham boleh drop message kat bawah ni..insyallah nanti sha tolong..dah macam cigu lah pula..hehe

Nota Pink : Dah lama tak buat tutorial hehe..lately sangat busy..tak lama lagi nak exam..time ni pula banyak masalah..mudah2an Allah permudahkan..amin :)