31 May 2012

Bloglist Jun 2012 Blog SukaGelak


klik banner tuk join

Tarikh tutup : 01 Jun 2012 jam 1200hrs.
Jom Join :D

Idamkan Cantik, Bertukar Hodoh


pix_gal0

MAHU cantik tapi jadi serik. Inilah yang paling tepat bagi banyak kes yang mana harapan untuk menjadi cantik secara pembedahan kosmetik, akhirnya ibarat menempah bala apabila wajah cantik yang diidam sebaliknya bertukar hodoh.

Hakikatnya, trend populariti prosedur itu menyebabkan ramai yang terpengaruh untuk menjalani pembedahan plastik atau kosmetik asalkan mereka mampu. Selain naluri atau keinginan individu, prosedur itu dianggap jawapan bagi masalah penuaan, memastikan wajah kekal jelita dan memenuhi tuntutan atau kehendak sosial yang lebih menitikberatkan soal ketrampilan pada hari ini. Kepuasan diri yang diutama menyebabkan mereka sanggup berbuat apa saja termasuk memilih klinik dan doktor palsu yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan.

Nota Pink : Bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan :)

30 May 2012

Sabah GA by Sharina | Hadiah di Tambah !!


Alhamdulilah GA setakat ni sangat meriah, sha ingat nak tambah hadiah kalau penyertaan melebih 50..dan akhirnya..hasrat tercapai..rezeki korang la tu..hehe~ 
Sebelum tu korang check list peserta Updated [30 mei 2012]
pastikan url korang ada, dan betul ya :)

Nak tau apa hadiah sha nak tambah??


klip rambut dari sandakan untuk 2 pemenang hehe..cute kan?
insyallah kalau ada rezeki lagi sha akan tambah hadiah..nnt sha akan mention sebelum tarikh tutup ya :)

**pstt..nak dapat patung comel tak? hehe~ jom lah ajak kwn2 join..klik sini tuk join

Lagu Pilihan - Tadau Kaamatan


Selamat menyambut Pesta Kaamatan buat warga dibawah bayu..hehe..apapun korang Enjoy lagu Dusun ini dari Clarice John Mathe - Tadau Kaamatan 


Hope sangat korang faham ya :D

Wordless ~ sob..sob..



 If you dont Trust me..please leave me ! T.T

Cara nak Gabungkan Komen FB dan Blog


Selamat menyambut Pesta Kaamatan, buat semua orang2 Sabah..enjoy dengan cuti korang ya..hari ni , sha baru dapat on9..dan Miss hearty nak tanya something..



oh..nak gabungkan komen FB dan komen Blog ya...


Macam atas ni kan??

Sebelum tu pergi Dashboard > Setting > Comments 


tick embedded post *penting



Ikut Step ini

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates
2. Cari kod ini div class='comments' id='comments'>
3. Jumpa?? copy kod bawah ini pula

<div class='comments-tab' id='fb-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#fb-comments&quot;);' title='Comments made with Facebook'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/v1/yH/r/eIpbnVKI9lR.png'/>
<fb:comments-count expr:href='data:post.url'/> Comments
</div>
<div class='comments-tab inactive-select-tab' id='blogger-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#blogger-comments&quot;);' title='Comments from Blogger'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://www.blogger.com/img/icon_logo32.gif'/> <data:post.numComments/> Comments
</div><div class='clear'/>
</div>
<div class='comments-page' id='fb-comments-page'>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='fb-root'/>
<fb:comments expr:href='data:post.url' num_posts='5' width='400'/>
</b:if>
</div>
<div class='comments comments-page' id='blogger-comments-page'> 
4. Paste kan dibawah kod yang korang cari tadi tu
5. cuba preview dulu, kalau tiada error pergi next step
6. Cari kod ini pula <head>
7. Mesti jumpa punya..hehe..then copy kod bawah ni
<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/>
<script src='http://code.jquery.com/jquery-latest.js'/>
<meta content='ID FB' property='fb:admins'/>
<script type='text/javascript'>
function commentToggle(selectTab) {
$(&quot;.comments-tab&quot;).addClass(&quot;inactive-select-tab&quot;);
$(selectTab).removeClass(&quot;inactive-select-tab&quot;);
$(&quot;.comments-page&quot;).hide();
$(selectTab + &quot;-page&quot;).show();
}
</script> 
** Tukarkan ID FB Kepada no ID FB korang 
cth : https://www.facebook.com/pages/Blog-Opzzpinky/212530322104062
amik macam no yang sha telah underline tu..

8. Paste kan dibawah kod yang korang jumpa td

9. Preview dulu baru save..
 
    eh..lum habis lagi..

10. Now go to Design > Template Designer > Advanced > Add CSS
11. Copy kod bawah ni 
.comments-page { background-color: #f2f2f2;}
#blogger-comments-page { padding: 0px 5px; display: none;}.comments-tab { float: left; padding: 5px; margin-right: 3px; cursor: pointer; background-color: #f2f2f2;}.comments-tab-icon { height: 14px; width: auto; margin-right: 3px;}.comments-tab:hover { background-color: #eeeeee;}.inactive-select-tab { background-color: #d1d1d1;}
*** color PINK tu korang bole tukar di sini..bagi cantik lah kotak tu dengan warna yang korang nak

12.  Then tekan Apply Blog dan View Blog

Cerdit to Lyssa Secret

28 May 2012

Rumah ada Penunggu


Gambar hiasan yang tiada kaitan dengan tajuk dari google

Cerita seram !! jangan biarkan anak 18 tahun ke bawah baca entry ini sorang-sorang ya..eh..nak cerita pasal gambar kejap..actually sha takut nak tulis entry ni..saja nda mau letak gambar menyeramkan..anggap ja la gambar tu seram..*cute ja kucing tu ya*

Rumah sha ada penunggu..aish..seramnya..nda berani sha nak taip, takut nanti 'dia' tengah tengok pula..ramai saudara bagitahu yang tajuk diatas..yaka? Setakat ini bukan rezeki family sha dapat tgk 'dia' dan harap-harap 'Dia' nda jatuh cinta dengan family sha

Dan bila dibagitau tajuk diatas, 'dia' mungkin golongan atasan yang baik belaka, tidak lagi pernah menganggu family sha..alhamdulilah :) 

Bercinta tidak semestinya menjejaskan Pelajaran


Gambar hiasan dari google


Bercinta tidak semestinya menjejaskan Pelajaran

Siapa yang bercinta time study dan ianya bersetuju dengan statement ini? ceh..ceh..ceh..pandai korang ya..cinta monyet ke cinta muka buku??

Actually, dari diri sendirilah, kalau tidak takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai kan..kan..kan?? pandai makan pandai simpan..adui sha ni..siap pantun pula !! Sha setuju dengan statement ni, tidak semestinya bercinta itu menjejaskan pelajaran..


Ikut pasangan masing-masing..jika pasangan itu salah satunya student kemungkinan tidak membahayakan..sebab yang sorang lagi tu kerja, kalau failed pun kahwin terus..hehe~ kalau menanggur pandai-pandailah korang ya..

Keutamaan bila memilih pasangan bukan hanya pada status GF/BF semata-mata, tapi korang haruslah memilih pasangan yang akan dijadikan Suami/Isteri barulah perhubungan akan jadi serius..Maka dengan itu, pasangan kita akan lebih fokus pada kita dan akan tunggu kita sampai habis belajar..ceh !! so sweet :) lupakan jika korang hanya ingin mempermainkan pasangan anda..dosa tau !!!

Bukti yang kukuh sha setuju dengan statement ini, alhamdulilah sejak kemaruk dengan Mr.A result semakin meningkat, sebab..sebab..mesti korang nak tau kan...kan..kan..

Pasangan boleh Kurangkan Stress

Carilah pasangan yang sentiasa disisi bukan hanya suka tapi time duka, kerana ianya dapat membantu kita menyelesaikan masalah dan mengurangkan stress..mengikut kajian, kehidupan sebagai student tahap stress amatlah tinggi..dengan itu, pasangan bukan sahaja dapat mengembirakan namun secara tidak langsung membantu dalam pertumbuhan ilmu heee~

Alat untuk Menghafal

Pelik tak?? haha~ sha pernah jadikan Mr. A sebagai alat untuk membantu sha menghafal, dan ianya berkesan tau !! caranya, sha memang suka bersms, sha taip perkataan yang susah sangat nak hafal then send ke nombor dia, bila dia baca dia nda akan faham so, sha akan terangkan..dari situ sha lebih faham dan dia pening hehe~

Oklah setakat 2 tips dari sha..cukup memadai kan..alhamdulilah, mudah-mudahan ianya berguna buat student-student diluar sna..tapi yang penting sekali berlajar kerana Allah, pasangan itu cuma sampingan yang boleh membahgiakan dari segi fizikal..wallahualam =.=V


27 May 2012

Nak Cerita Pasal.....


Tadi petang sha main badminton, nak main..asyik tengok Lin Dan ja main..hehe..hebatlah sangat ! tapi sha bukan lawan Liew Daren or Datuk Lee Chong Wei, sha lawan dengan adik ja..sangat hebat, sehinggakan sha menang 21-18 pada set pertama, 21-19 dan 21-18 kalah pada set 2 dan penentuan.. cis !! hampir ja menang tu..

Ok..bukan itu cerita yang sha nak kongsikan..tapi gambar yang ada kat bawah ni..korang rasa itu pokok apa??

Pokok Betik di depan rumah sha

Yes !! u're right..pokok betik, but napa buah dia macam mangga ja kan =.=??
1st time sha nampak oh..pokok ni dah lah tinggi, ramping, daun tinggal tu ja, maklumlah da tua kan hehe, tapi still kuarkan buah yang serupa dengan mangga..ajaib..ajaib..itu lah kuasa Allah..tidak terkata cuma ucaplah Subhanallah..

SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012



tarikh tutup : 30 may 2012 jam 11 malam.

26 May 2012

Perhatian !! Peserta Dari Sabah Giveaway by Sharina

Updated !! [26 Mei 2012]

>Bloglist By Group<
>Peserta Sabah GA by Sharina<
Hye korang..ini bukan entry yang menyeramkan..hehe~ ini hanya untuk memberitahu pada Peserta Sabah Giveaway by Sharina yang belum like fanpage Blog Opzzpinky..like la pless~ dah like? bole letakkan id FB di komen
Diperingatkan!! sha akan check nama2 FB yang telah melike, kalau xda, penyertaan korang akan DIBATALKAN..sorry ya..kejam kan?? cian korang..so ringankan lah untuk melike ya..

Top Refferal setakat ini adalah dari blog .... A_ _ _ _ _ H _ _ _ _ _ _ 
hehe~ korang tekalah sendiri siapa !!

Segmen : Follower Pilihan Niera


Updated !! [26 Mei 2012]

>Bloglist By Group<
>Peserta Sabah GA by Sharina<


Sha nak jadi follower pilihan..korang jom la join :)

25 May 2012

Bila Lelaki Merajuk..opss!!


Gambar hiasan dr google

Alala bucuk--bucuk hehe~ geli oh..ples lah, sha nda kan pujuk lelaki tengah merajuk..eh..jap, yaka nda akan?? ok tukar topik jap, kang ada yang nda kena layan ni..sob..sob..

ok berbalik pada tajuk entry yang nda hangat, bila si dia merajuk, sha akan buat tak tahu..haha~ kejamnya !! sory-sory..bukan masanya nak tunjukkan kasih sayang..faham kan?? there you are :)

Tadi sha BW di blog pinky sorang ni,Cik Fatisya Pinky cute sangat lah blog dia, miaw-miaw gitu..dia post entry pasal Cara nak pujuk lelaki yang tengah merajuk, dia bagi 3 tips yang sha bole fikir 2x kalau nak buat...bukan apa..nak belajar juga..saja-saja isi pengetahuan..thanks sharing ya..insyallah akan di manfaat bila dah kahwin nanti..


Nota Pink : Biasanya pasangan yang tengah bercakaran akan kemaruk memikirkan si dia, dan pasangan tersebut akan mengharapkan si dia akan memujuknya..dua2 pun sama lah..sehati dan sejiwa..like me and =.=?

Free Background yang Cute


Selamat Malam korang, mood ok malam ni, so nak bagi free background yang sha edit sendiri =.=V...bolehlah korang letakkan pada blog korang yang cute tu..

Cara nak letakkan

Step 1. Dashboard > Design > Add Gadget> HTML 
Step 2. Copy dibawah ni

<style>
body {
background-image: url('URL BACKGROUND');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>
credit to lyssa secret
Step 3. Paste dan save

** url background bole ambik di bawah ni =.=V

Free Background yang cute

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/softdot-1.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/soft6.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/soft5.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/soft4.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/soft3-1.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/soft2-1.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/soft1-1.png

nak amik bole ja, tapi gtau sha k, sha nak tgk hasilnya..hehe

Al-Quran antara terkecil di dunia


KITAB suci bersaiz kecil dipercayai berusia 100 tahun.

KITAB suci bersaiz kecil dipercayai berusia 100 tahun.

SUNGAI MANIK: Kediaman Ketua Kampung Sungai Manik Lama Kiri, Hakim@Hasim Mohamad, 64, di Kuala Sungai Manik, di sini bukan saja menjadi tumpuan penduduk untuk mengadu masalah, malah kehadiran mereka adalah juga untuk melihat naskhah al-Quran, dipercayai antara terkecil di dunia.

Naskhah al-Quran berukuran 2.5 x 1.3 sentimeter (cm) dalam mashaf resam Othmaniah itu lengkap 30 juzuk. Dengan saiznya yang begitu kecil, ayat kitab suci itu begitu sukar dibaca kecuali menggunakan kanta pembesar.
Hakim berkata, al-Quran berusia 100 tahun yang menjadi koleksinya itu adalah pemberian arwah bapa saudaranya, Allahyarham Saima Ariff yang pulang daripada mengerjakan haji di Makkah pada 1949.
“Usia kitab suci itu dipercayai mencecah 100 tahun dan saya simpan kitab suci itu kerana ia paling saya sayang serta amat berharga kerana bukan mudah untuk menerima kitab suci sekecil itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Hakim berkata, ramai orang datang ke rumahnya untuk melihat secara dekat kitab suci itu, tetapi beliau tidak membenarkan ia dibawa keluar.

Katanya, beliau keberatan untuk meminjamkan kitab suci itu untuk dijadikan pameran oleh pihak tertentu kerana menghargai pemberian bapa saudaranya.

“Ada sekolah dan agensi kerajaan mahu meminjamnya untuk dipamerkan, tetapi saya tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana saya bimbang ia akan rosak jika ramai orang memegang dan membeleknya. 
“Saya juga menolak tawaran beberapa tokoh korporat dan peminat sejarah yang mahu membeli kitab suci itu kerana bukan mahu mencari keuntungan,” katanya.

Beberapa tahun lalu, beberapa individu di Perlis, Negeri Sembilan dan Perak turut mendakwa memiliki naskhah al-Quran kecil sebesar ibu jari yang dipercayai terkecil di dunia.


Nota Pink : Sungguh Kecil Al-quran ini, dan ianya berusia 100 tahun..ajaib :)

Kes paderi AS cabul kanak-kanak berleluasa


pic from google

PHILADELPHIA: Seorang paderi kanan Amerika Syarikat menolak tuduhan menyembunyikan kes paderi mencabul kanak-kanak pada minggu ke-9 perbicaraan mengenai salah laku seksual dalam gereja Roman Katolik negara itu dalam tempoh lebih satu dekad lalu. 

Antara fakta yang menggemparkan ialah Laporan Persidangan Paderi Katolik Amerika lebih 10,000 tuduhan mengenai pencabulan seks oleh paderi di negara itu antara 1950 hingga 2002.
William Lynn mengaku mengarahkan seorang paderi tinggal di pekarangan gereja bersebelahan sekolah rendah apabila paderi itu dituduh mendera dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun.
Lynn, 61, memberi keterangan mempertahankan diri atas tuduhan melindungi paderi yang didakwa melakukan penderaan seksual dengan memindahkan mereka ke gereja lain. Dia berdepan hukuman penjara 28 tahun jika disabit kesalahan. 

Sebagai setiausaha paderi di bawah Kardinal Anthony Bevilacqua, Lynnn menyelia paderi di sini selama 12 tahun. Dengan 1.5 juta anggota, Philadelphia Archdiocese (pentadbir paderi) yang keenam terbesar di Amerika. 

Lynn memberi keterangan cara dia menguruskan aduan penderaan pada 1990-an ke atas paderi Edward Avery yang dilucutkan jawatan. 

Avery, yang dijadual dibicarakan bersama Lynn, mengaku bersalah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas jenayah seks. 
Lynn memberi keterangan pada 1990-an, seorang pemuda mengadu Avery mencabulnya 20 tahun sebelum itu di kediaman paderi pada 1970-an. 

“Avery menyentuh dan mencabulnya,” kata Lynn yang memberitahu dia bersemuka dengan Avery dan apabila tertuduh menafikan tuduhan, Lynn mencadangkannya dihantar ke hospital Katolik untuk paderi bermasalah. 

Selepas beberapa tahun perkembangan menggalakkan di sana, Lynn mencadangkan paderi itu bekerja semula tetapi ditolak Bevilacqua, yang mengarahkan Avery ditempatkan ke sebuah asrama paderi. – Reuters

Nota Pink : Astagfirullah..kanak2 menjadi mangsa nafsu seraka

24 May 2012

Hadiah Sponsor Bertuah Untuk GA Ain


hye ain, ni untuk hadiah sponsor ka? baiknya hati ain..hehe..jap nak promote ja..korang yang belum join boleh klik sini, sha antara sponsor nya..nak tau apa sha sponsor join lah hehe~

sha nak hadiah ni


pink gitu lo..lau ada rezeki lah ya ain..tapi nak juga..sebab color pink hehe

apapun thanks tau :) cayang ain..hehe

7 kanak-kanak maut akibat penyakit anjing gila di Peru


pic from google

LIMA: Tujuh kanak-kanak maut apabila diserang penyakit anjing gila di Peru sejak dua bulan lalu selepas digigit kelawar, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Ana Maria Navarro. 

Mangsa berumur dari 11 bulan hingga 14 tahun dan berasal dari kawasan terpencil kira-kira 1,160 kilometer tenggara bandaraya Lima, kata pegawai itu.

"Berdasarkan laporan kesihatan, jelas menunjukkan tujuh kanak-kanak peribumi itu mati akibat penyakit anjing gila," katanya.
Pada Februari 2011, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak di timur laut Peru, meninggal dunia akibat penyakit anjing gila yang dibawa oleh kelawar. - AFP

Sha : that's why sha takut anjing huhu

Cara Nak Letakkan Header


Selamat pagi semua, pagi ini kak eita tanya sha, macam mana nak letak header..al-maklumlah kak eita dah ada header baru..


kak eita boleh klik kanan pada header dan copy url gambar atau ringkasnya boleh save header ni

Cara nak Letakkan, Ikut Step ini

Step 1. Dashboard > Design > Page Element
Step 2. Header > Edit

akan kuar macam ini
Step 3.  kalau ada url header boleh paste terus pada kotak kosong tu, kalau xda boleh ambik dari komputer

Step 4. Save

Dah siap..hasilnya bole jerit sini, secepatnya sha BW hehe..insyallah :)

23 May 2012

Bayi mempunyai kemaluan di belakang badan



Seorang Bayi Mempunyai Dua Kemaluan| Bayi ini bukan dilahirkan khunsa seperti bayi yang lain kerana mempunyai kemaluan lelaki dan perempuan. Tetapi kemaluan tersebut wujud di dua tempat iaitu di bahagian normal, dan satu lagi di belakang badannya.
Bayi Li Jun yang tinggal di Kota Hejian Propinsi Henan ini segera di bawa ke Hospital Kanak-kanak Tianjin oleh orang ibu bapanya yang berasa terkejut melihat adanya kemaluan kedua pada belakang badan anaknya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan bayi tersebut untuk membuang kemaluan keduanya tersebut. Para doktor mengklasifikasikan kes ini sebagai Fetus in Fetu (FIF). Ketika pembedahan dilakukan, doktor memerlukan waktu lebih dari tiga jam untuk membuang kemaluan kedua bayi tersebut.
Sha : Subhanallah, itulah kebesaran Allah !!

Orang Dulu-dulu kata....


Gambar hiasan

Masak Sambil Menyanyi

Sha : la..la..la ~ (melalak macam orang gila)
Mama : Jangan memasak sambil menyanyi, nanti jadi anak dara tua
Sha: eh?? ya ka mak?

Hehe~ memang hobi sha menyanyi di mana-mana saja, tapi betulkah masak sambil menyanyi jadi anak dara tua? 

Actually orang dulu-dulu kata begitu sebab takut air liur termasuk dalam masakan, nanti tambah sedap lah pula..

Banyak lagi sha dengar orang dulu-dulu kata contohnya nda boleh potong kuku malam, makan nda boleh pindah-pindah, kalau malam nda boleh bawa bantal keluar rumah, banyak lagilah, itu semua adatlah,orang dulu-dulu memang percaya sangat dengan adat, kan..kan..kan.. 

Korang pun mesti ada pantang larang orang dulu-dulu kan, mesti lagi banyak dari sha..share lah sini, sha pun mau tau juga..