Pekena Lawak jap - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

October 14, 2012

Pekena Lawak jap


Hye korang..sha baru habis paper Finance tadi...sekarang nak kasih hilang tension..jom kita baca lawak yang entah lawak ke tak..

********************************************************************************************

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
           menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak
           la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi

           jawapan yang sama..."

********************************************************************************************

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot. "Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"


Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

********************************************************************************************

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

********************************************************************************************

Nota pink : hahaha..lucu tak?? sha dari tadi ketawa ja..then senyum..dah macam orang gila..sekarang sha sedang BW..:)







7 comments:

  1. tersengih jugak membaca ni hah

    ReplyDelete
  2. hihii mesti org tu slh paham kan.. hihi

    ReplyDelete
  3. hehehhehe... senyum je baca ni

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahhaah.. lucu nya.. ketawa2 kaka baca...memang la orang tu salah faham kan.. mo ambik gambar kan.. hahahahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad