Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini

by - Tuesday, October 02, 2012



KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Bagaimanapun, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA

Nota Pink : haha..xpalah lau sha xdapat pun :( hope MR. A dapat boleh belanja sha mkn..kan..kan..kan

You May Also Like

6 Comments

  1. bagi mereka yang layak cepat2 dapatkan borang tu :)

    ReplyDelete
  2. ngeh ngeh ngeh.. kami pun tidak dpat la tu kan.. aduhai. nda pa la.. minta dengan orang2 bujang saja la..

    ReplyDelete
  3. CAMNA LAH MO AMEK BORANG .. HAIYO ..

    ReplyDelete
  4. sape2 yg layak patut cpt2 ambik :-)

    ReplyDelete
  5. errr...ktne nak amek borang tu...i am entitled..huhu

    ReplyDelete
  6. leh lah gi ambik jugak ni..hehehhe

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)