Kami sekeluarga tak sambut raya aidiladha tahun ni sebab kenduri makan 7 jatuh pada hari tersebut..persiapan khas untuk kenduri dan tiada ziarah menziarahi melainkan saudara mara datang ke rumah lepas asar jumaat lepas..

Arwah dikebumikan lepas asar sebab terpaksa menunggu ketibaan sha dan kakak yang berada di untuk ziarah arwah buat kali terakhir..jenazah arwah selamat dikebumikan oleh adik beradik lelaki..dari mandikan jenazah sampailah kuburkan jenazah..

Raya aidilfitri yang lepas, kami sekeluarga beraya di hospital..kali ni kami beraya di kuburan..menziarahi kubur arwah..membaca yassin dan tahlil..moga sampai dengan tenang :)


Saimon (atau nama islamnya Razman) Bin Abdullah 
telah dilahirkan pada 08 Julai 1958 


dan telah wafat pada 20 Oktober 2012..
dikebumikan di bintang baru Rancangan Sg Manila Sandakan

Arwah berhasrat untuk memunaikan haji..namun telah pergi mengadap Ilahi pada bulan haji..moga amal ibadahnya diterima Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah T.T