Tazkirah : Sedekah

, , 2 comments


tangan yang diatas adalah lebih mulia dari tangan yang dibawah

salam jumaat kepada semua rakan blogger, jangan lupa untuk solat jumaat ya..pada jumaat yang mulia ini, sha ingin berkongsi kepada korang tentang sedekah..dan ini juga merupakan sedekah..klik cini

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka 
bersedekah  adalah orang yang benar pengakuan imannya. Ketahuilah bahawa Allah menyampaikan rezeki orang lain juga berdasarkan rezeki kita dapat, cuma penyampaian itu berbeza. 

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”
 ( Al-Munafiquun : 10 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK 

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur  dan  mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani ) 

MENOLAK BALA BENCANA 

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana  bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi ) 

JANGAN BERTANGGUH

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi  saw  menjawab  :  Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau  takutkan kepapaan dan berharap 
hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh  untuk  bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari ) 

sedekah itu tidak hanya dilakukan pada hari jumaat dan juga pada harta, senyum juga itu antara satu sedekah..wassalam :)

sumber: http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2013%20120805%20Kelebihan%20Sedekah.pdf

2 comments:

  1. baru td akak keluar mkn lunch, terserempak dgn org yang minta bantuan.. dalam 30 org pemakan kat kedai restoran tu, hanya 2 org sahaja yg memberi, yang lain?? termasuklah tuan punye kedai~~ lgsg tak di hiraukan.. pendapat peribadi akak, kalao kite ada rezeki lebih, berilah sedikit pd yg memerlukannya.. bkn nk tunggu ZAKAT je..

    ReplyDelete
  2. @from heart nisah idham~ ya kak, kdg2 mereka lupa rezeki yg lbh itu sebenarnya milik orang lain..wallahualam :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)