Malumu Sangat BerHARGA - ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

April 24, 2012

Malumu Sangat BerHARGA


“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang daripada iman.” ( Riwayat al- Baihaqi)

Konsep Malu dalam Islam menitik beratkan kepeliharan diri dalam mengawal nafsu. Maksudnya dengan sifat ini seseorang yang beriman akan mampu menahan diri dari melakukan perkara memalukan meskipun perkara itu tidak mengaibkan orang. 
Dalam kisah Saidina r.a, dia sendiri tidak pernah melihat auratnya apatah lagi aurat manusia lain. Ianya dapat digambarkan ketika berlaku perang menumpaskan panglima Quraisy, Rasullulah s.a.w bertanya kepada saidina ali.
“Kenapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali?”
“Ya Rasulullah SAW, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.”
Bertapa hebatnya tarbiyyah Rasullulah dan sabahatnya sehinggakan dalam medan perang juga mereka masih faham akan erti malu itu.
Tapi sifat itu disalah ertikan dalam masyarakat kita hari ini. Paling jelas dapat sha contohkan adalah dari segi pemakaian terutamanya wanita. Tiada lagi sifat malu yang dapat disarungkan dalam hati tersebut. Astagfirullahalhazim..
Maka dengan itu, sha ingin menyimpulkannya, Islam sangat memelihara umatnya dalam apa jua keadaan, setiap yang berlaku ada hikmah dan Allah tidak akan mensia-siakan kejadianNya walaupun sekecil semut..:)
apa pandangan korang?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post Bottom Ad